Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi
Muhammad .a.w. bersabda;
“Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN
DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan
azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG
SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni
oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai
yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan
para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia
akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil
ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan
orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru
kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan
api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Sumber: http://www.halaqah.net/
0 komentar:
Posting Komentar
Ayo budayakan berkomentar demi kemajuan blog ini. Komentar Anda akan sangat bermanfaat bagi Planet Pengetahuan. Terima Kasih.