Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 12. Zikir Selepas Solat
Disusun oleh Abu Haniff
Hadis 12.1 dan 12.2
Al-Walid
menceritakan, dari Al-Auzai, dari Abu Umar, namanya Syadad bin
Abdullah, dari Abu Asma’, dari Thuban, dia berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., apabila dia selesai dari solatnya, dia memohon ampun sebanyak 3 kali. Dan dia mengucapkan,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, Engkau Yang Maha Sejahtera, dan dariMu
kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Yang Maha Memiliki Kebesaran
dan Kemuliaan’ ”.
Al-Walid
berkata, “Aku berkata kepada Al-Auzai, ‘Bagaimanakah cara memohon ampun
itu’. Dia menjawab, ‘Engkau ucapkanlah أَسْتَغْفِرُ اللهَ, أَسْتَغْفِرُ
اللهَ’ ”. (Muslim, Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami, Ibnu Majah)
Hadis 12.3
Dari Abdul Rahman bin Ghanam, dari Nabi s.a.w.,
bahawasanya dia bersabda, “Barang siapa yang mengucapkan sebelum ia
meninggalkan dan memusingkan kakinya dari solat subuh dan maghrib,
yang
bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu
bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan
Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa’, dituliskan baginya 10
kebaikan, dan hapuskan darinya 10 keburukan, dan angkatkan baginya 10
darjat. Dan adalah ia menjadi perlindungan dari setiap kesusahan, dan
juga perlindungan dari syaitan yang dilaknati. Dan tidaklah menjadi
bebas untuk dosa meninggalkannya melainkan syirik”. (Ahmad, At-Tirmizi)
Hadis 12.4
Dari
Warad, pembantu Al-Mughirah bin Syu’bah, dia berkata, “Al-Mughirah bin
Syu’bah pernah menulis kepada Muawiyah, bahawa Rasulullah s.a.w., adalah dia apabila selesai dari solat dan mengucapkan salam, dia mengucapkan,
yang
bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu
bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan
Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Ya Allah, tidak ada yang dapat
mencegah bagi apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi
bagi apa yang Engkau cegah. Dan tidak akan memberi manfaat kepada yang
memiliki kemuliaan terhadapMu akan kemuliaan itu’ ”. (Muslim, Bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ad-Darami)
Hadis 12.5
Dari Abu Zubair, dia berkata, “Adalah Ibnu Zubair, dia mengucapkan di selepas setiap solat, apabila mengucapkan salam,
yang
bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu
bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan
Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa. Tiadalah kuasa dan tiada juga
kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan
tidaklah kami sembah melainkan Dia. KepunyaanNyalah segala nikmat, dan
kepunyaanNyalah segala limpah kurnia, dan bagiNyalah segala pujian yang
baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, ikhlas bagiNya beragama walaupun
orang kafir membencinya sangat-sangat’ ”.
Dan Abu Zubair berkata, “Adalah Rasulullah s.a.w., dia memuliakan Allah dengannya selepas setiap solat”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah)
Hadis 12.6
Abu Amamah berkata, “Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, ‘Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap
solat fardu, maka tiada yang mencegahnya dari dimasukkan ke syurga
melainkan mati’ ”. (At-Tabrani, An-Nasa’i)
Hadis 12.7
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku bahawa aku membaca Al-Mu’awwizat selepas setiap solat”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad)
Hadis 12.8.1
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w.,
“Barang siapa yang bertasbih terhadap Allah selepas setiap solat 33
kali, dan bertahmid terhadap Allah 33 kali, dan bertakbir terhadap Allah
33 kali, lalu yang demikian itu adalah 99 kali. Dan sempurnakalah
menjadi 100 dengan,
yang
bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu
bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan
Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.
Diampuni baginya kesalahan-kesalahannya sekalipun adalah ia seperti buih laut’”. (Muslim, Ahmad)
Hadis 12.8.2
Abu Hurairah r.a.
berkata, “Abu Zar berkata, ‘Wahai Rasulullah, orang-orang yang memiliki
kekayaan membawa pergi dengan segala pahala. Mereka solat sebagaimana
kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka juga
mempunyai harta benda yang berlebihan yang dapat mereka bersedekah
dengannya, tetapi tidaklah kami mempunyai harta yang dapat kami
bersedekah dengannya’. Maka Rasulullah s.a.w.
bersabda, ‘Wahai Abu Zar, apakah engkau mahu aku mengajar kepadamu
kalimat-kalimat yang engkau dapat melintasi dengannya orang-orang yang
mendahuluimu, dan tidaklah orang yang di belakangmu dapat memotongmu
melainkan orang yang membuat seperti amalanmu’. Abu Zar berkata, ‘Sudah
tentu wahai Rasulullah’. Rasulullah s.a.w.
bersabda, ‘Engkau bertakbir terhadap Allah selepas setiap solat 33 kali,
dan engkau bertahmid sebanyak 33 kali, dan engkau bertasbih sebanyak 33
kali, dan engkau akhiri ia dengan ucapan,
yang
bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah, bersendirian, tidak ada sekutu
bagiNya. MilikNya segala kerajaan, dan milikNya segala puji-pujian. Dan
Dia ke atas segala sesuatu Maha Kuasa.
Diampuni baginya dosa-dosanya walaupun adalah ia seperti buih laut’”. (Abu Daud, Ahmad)
Hadis 12.8.3
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, “Orang-orang fakir pernah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya orang-orang kaya, mereka solat
sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa,
dan mereka juga memiliki harta benda yang mereka sedekahkan serta mereka
nafkahkan’. Maka Nabi s.a.w. bersabda, ‘Apabila kamu solat, maka kamu ucapkanlah 10 kali. Maka sesungguhnya kamu, kamu melintasi dengannya orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului orang yang selepas kamu’”. (At-Tirmizi, An-Nasa’i)
Hadis 12.8.4
Dari Abu Salih, dari Abu Hurairah, bahawasanya orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin, mereka datang kepada Rasulullah s.a.w.
lalu mereka berkata, “Orang-orang yang kaya telah pergi membawa darjat
yang tinggi dan nikmat yang berpanjangan”. Lalu Rasulullah s.a.w.
bertanya, “Dan bagaimanakah begitu”. Mereka menjawab, “Mereka solat
sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kni berpuasa,
dan bersedekah tetapi tidaklah kami bersedekah, dan mereka membebaskan
hamba sahaya tetapi tidaklah kami membebaskan hamba sahaya”. Lalu
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apakah maka kamu mahu
aku mengajar kepada kamu sesuatu yang engkau dapat melintasi dengannya
orang-orang yang mendahuluimu, dan kamu mendahului dengannya orang-orang
yang selepas kamu. Dan seseorang menjadi lebih dari kamu melainkan
orang-orang yang melakukan seperti apa yang kamu lakukan”. Mereka
menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Kamu bertasbih, dan kamu bertakbir, dan kamu bertahmid
selepas setiap solat sebanyak 33 kali”. Abu Salih berkata, “Lalu
orang-orang fakir dari kalangan kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah
s.a.w., dan mereka berkata, ‘Saudara-saudara kami
orang-orang yang berharta itu telah mendengar dengan apa yang kami
lakukan, lalu mereka melakukan sepertinya”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang Dia berikannya kepada siapa yang Dia kehendaki”. (Muslim)
Alhamdulillah.... saya juga sering baca dzikir itu.... semoga blog ini juga semakin ramai dengan dzikir tersebut....
BalasHapusby Arzelo
aamiin.. mksh ya.. :)
Hapussemoga istiqomah membaca dzikir ba'da sholat.
BalasHapus